KEJAHILAN UNDANG UNDANG


Sudah lama saya tidak menulis di blog ini, dari isu politik hingga ke isu penangkapan Dr. Asri. Pada masa kini DUN-DUN di Malaysia sedang bersidang. Saya amat tertarik sekali untuk memberi komen dengan sikap kejahilan ADUN Selangor iaitu Saari Sungib. Beliau pernah memimpin JIM. iaitu satu pertubuhan yang berlatar belakangkan Agama Islam. Sebagai seorang yang berpendidikan tinggi, memang belau adalah seorang manusia yang jahil tentang undang-undang.

Pada masa kini beliau adalah selah seorang anggota yang boleh membuat undang-undang.
Undang-undang, Akta atau Enekmen, Undang-undang kecil atau apa pun namanya telah dicipta oleh manusia yang telah diberi mandat oleh rakyat untuk menciptanya. Enekmen agama di selangor telah dibentang dan telah diterima oleh DUN dan telah di perkenan oleh KDYMM Tuanku Sultan Selangor. Enekmen ini telah melarang orang yang mengajar agama di selangor tanpa kebenaran JAIS. Pegawai-pegawai JAIS telah melaksanakan undang-undang yang telah dibuat oleh wakil-wakil rakyat.
Tetapi malangnya, YB Saari telah menggunakan kepentingan politiknya untuk menghalalkan apa yang telah tercatat dalam undang-undang. Bagi saya kalau beliau amahu menidak (Kes Dr Asri) beliau perlulah mencadangkan kepada DUN Selangor dahulu supaya Enekmen itu di batalkan. Inil jelas menunjukan bahawa beliau hanya pandai bercakap sahaja dan tidak pandai menghayati undang-undang. Beliau patut kembali kem Kem Kemunting untuk mempelajari undang-undang.
Saya kesihan kepada rakyat yang di wakilnya sebab mendapat wakil rakyat yang bodoh undang-undang.

WADUK BLOGERS